Banjir Kajang .


BANJIR KAJANG 2011 | KAJANG DILANDA BANJIR KILAT | Hujan lebat selama hampir sejam bermula 4 petang tadi menyebabkan sebahagian besar daerah Kajang dilanda banjir kilat sehingga ada kawasan yang dinaiki air hingga ke paras dada. Pusat Bandar Kajang antara paling teruk terjejas apabila arus deras banjir melanda pusat membeli belah Plaza Metro Kajang menyebabkan orang ramai di premis berkenaan panik.
Puluhan premis perniagaan dan kediaman turut dimasuki air banjir selepas paras air di Sungai Kajang melepasi paras bahaya dan melimpah ke kawasan sekitarnya. Berpuluh kenderaan turut tersadai dan ada yang ditenggelami air. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Air banjir sudah beransur surut selepas hujan reda sekitar jam 5 petang.