Perginya Seorang Anak Seni .

Al-Fatihah Bob Kuman
Setiap yang hidup pasti akan mati. 3 Mei 2012; jam 4.38 petang, Malaysia kehilangan seorang lagi pelawak tanah air. Bob Kuman ,40 telah kembali ke rahmatullah di kediamannya. Baru beberapa minggu yang lepas, orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tentang kematian Bob Kuman di Twitter. Masya-Allah, zaa pun tak sangka ada orang yang kurang didikan agama dan moral sanggup membuat perkara sedemikian. Dan kelmarin zaa terbaca artikel tentang kematian Bob Kuman. Zaa check,make sure yang berita ni betul. I wish I was wrong, tetapi Bob Kuman disahkan meninggal dunia pada jam 4.38pm di kediamannya. Ini zaa copy dari Sinar Harian:-


Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya  di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.
Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid  Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.
"Saya bergegas ke rumah  selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya,  sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.
Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal  kerana  sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.
Sementara itu, salah seorang rakan niaga arwah Jumie Mohamad, 37, berkata, kali terakhir bertemu arwah kelmarin.
“Saya bawakan Bob kentang untuk bersarapan dan sebaik selesai makan dia berasa penat dan mahu tidur, sebelum itu dia minta saya tolong angkatkan kakinya,” katanya.
Menurutnya, dia dapat melihat keadaan arwah amat keletihan dan dia sendiri tidak dapat berbual panjang seperti kebiasaan.
“Saya senang berurusan kerja dengan arwah kerana dia mudah bertolak ansur serta boleh dibawa berbincang dengan mudah dan kehilangannya amat dirasai,” katanya.
Seorang lagi rakan arwah, Emri Shamriza Chi Embi,33, memberitahu arwah ada menghubunginya  jam 4.30 pagi tadi.
“Biasanya dia akan berbual tetapi perbualan cukup singkat tidak sangka hari ini dia sudah tiada,” katanya.
Tambahnya lagi, sahabat baiknya itu disifatkan senang bergaul dan dia sendiri banyak menimba pengalaman bermain alatan muzik dari Allahyarham.
Isteri Allahyarham Normah Ahmad, 33, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih.
Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas dia terjatuh ketika pengambaran selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.
Bob  mengemparkan industri hiburan negara  selepas berita palsu mengatakan dirinya sudah meninggal dunia tersebar melalui laman sosial 21 April lalu.  

Jenazah Bob dimandi dan dikafan di Masjid Kota Damansara sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan.
Turut hadir melawat Allahyarham Bob ialah  pelakon yang juga  Presiden Seniman Harun Salim Bachik.
Terdahulu, berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang yang beriman. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup kena teruskan kehidupan dan beramallah sebelum ajal kita sampai. Subhanallah.

Nama anak Mawi dan Ekin ----> SANGAT UNIK :D

nama anak mawi dan ekinHye Readers :)
Cahaya Malaika. Itulah nama anak puteri Mawi dan Ekin yang telah dilahirkan semalam. Sedap sungguh namanya. Maksud nama tersebut ialah “Cahaya Permaisuriku”. Nama tersebut telah dipilih dan dipersetujui oleh Mawi dan Ekin.
Berkenaan dengan gambar anak sulungnya, Mawi berkata yang dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi wajah puterinya. Kata Mawi:-
Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti.
Bila dah bersedia nanti kongsikanlah gambar puteri sulung anda. Semua orang pun tak sabar nak melihat kecomelannya. Tak gitu? Kredit info sepenuhnya kepada portal GUA.
Semoga Mawi dan Ekin bahagia hingga ke akhir hayat, AMIN :)

Awas, perhatikan anak-anak anda!





Hye Readers :)

Zaa nak konsgi sedikit info terkini, kes HFMD(HandFootMouth Disease) sekarang di Sarawak semakin meningkat. Zaa ada terbaca artikel dari newspaper yang mengatakan kes HFMD paling kerap berlaku di Sarawak. Jadi jagalah kebersihan anak-anak bagi yang sudah mempunyai anak,dan bagi yang akan mempunyai anak-anak,ambillah langkah berjga-jaga bagi menangani masalah ini. Berikut adalah artikel dari Borneopost.com:



KUCHING: Trend penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan peningkatan 
membimbangkan dengan 609 kes dilaporkan dalam tempoh 1 Januari hingga 14 Februari 2012 berbanding 213 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zulkifli Jantan dalam kenyataan akhbarnya berkata, berdasarkan pengawasan setempat, jabatan itu mengesan organisma penyebab merupakan kombinasi EV71 dan virus Coxsackie A16 dengan 90 peratus daripada sampel pesakit diuji positif EV71 setakat 14 Februari 2012.
Beliau menambah, HFMD disebabkan EV71 telah di-kaitkan dengan risiko me-ningkatnya kes penyakit yang teruk malah boleh membawa maut.
“Kawasan yang paling banyak mencatatkan jumlah kes HFMD ialah Kuching de-ngan 189 kes diikuti Bintulu (73), Miri (51), Betong (48) dan Sarikei (36).
“Bagaimanapun Jabatan Kesihatan Sarawak telah mengisytiharkan penularan wabak HFMD di Kuching, Samarahan dan Betong,”     katanya.
Menurut Dr Zulkifli, HFMD umumnya penyakit ringan yang lazimnya me-   nyerang kanak-kanak dengan majoriti kes setakat ini di-  dapati melibatkan jangkitan ringan iaitu hanya 35 (5.9 pe-ratus) kes perlu dimasukkan ke hospital dan sebab utama-nya ialah kurang makan atau minum.
Namun katanya, tiada kes dengan komplikasi serius atau kematian dilaporkan setakat ini untuk tahun ini.
“HFMD hanya boleh berjangkit dari manusia kepada manusia menerusi kontak secara langsung dengan pesakit, tangan ke mulut dan penyedutan titisan akibat batuk atau bersin… pesakit pada mula-nya akan demam panas, kurang selera makan, rasa berdebar dan sering diikuti sakit tekak.
“Selepas demam panas sehari atau dua hari, kesakitan akan mula dirasai di dalam mulut, bermula dengan tompok-tompok merah yang akhirnya bertukar menjadi  ulser.
“Kesakitan biasanya di lidah, gusi dan di dalam pipi dan ruam panas mula terbentuk selepas satu hingga dua hari,” katanya sambil menambah ruam panas kadangkala berserta lepuh dan biasanya pada tapak tangan, punggung atau kemaluan.
Ada juga kes katanya, pesakit yang mengalami HFMD hanya mengalami ruam atau hanya sakit mulut.
Justeru beliau menasihati orang ramai terutama yang mempunyai anak-anak kecil agar mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa meng-amalkan aspek kebersihan.
Antaranya sentiasa membersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan, me-nukar lampin dan membersih najis kanak-kanak.
Orang ramai juga dinasihat menutup mulut setiap kali bersih atau batuk di khalayak ramai, jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala mandi, selimut, cawan, garfu dan sudu, katanya.
“Pastikan juga alat mainan, keadaan rumah sentiasa bersih.
“Kalau terdapat tanda-tanda jangkitan seperti saya kata-kan tadi berlaku pada anak-anak segeralah membawa mereka ke klinik atau hospital terdekat.
“Ibu bapa juga dinasihati tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak dengan orang ramai.
“Anak-anak anda yang didapati mempunyai simptom-simptom jangkitan seharus-nya tidak dibenarkan ke se-kolah atau pusat penjagaan kanak-kanak dalam usaha mengurangkan penyakit ini daripada merebak kepada kanak-kanak lain,” jelasnya.
Sementara itu kepada peng-usaha pusat asuhan kanak-kanak, prasekolah dan taman didikan kanak-kanak (tadika), ini nasihat Dr Zulkifli: “Pasti-kan persekitaran dalam ke-adaan bersih, termasuk semua alat permainan dan jika terdapat kanak-kanak mempunyai simptom-simptom HFMD mereka harus segera diasingkan daripada kanak-kanak lain dan ibu bapa mereka perlu dimaklumkan segera.
Beliau menambah jika perlu Jabatan Kesihatan Negeri boleh mengeluarkan arahan agar pusat asuhan kanak-kanak, prasekolah dan tadika ditutup di bawah Seksyen 18(1)(d), Akta Pencegahan 342 dan Akta Kawalan Pe-nyakit Berjangkit 1988 untuk mengelak transmisi jangkitan lebih serius berlaku.





Waiting Part 3

Hye Readers :)
Salam.
Hai blogger,pa khabar anda? Hehehe hope anda sentiasa gembira dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin. Sebenarnya malam kelmarin Zaa nak update entry nih,tapi tetido la pulak :D ahakk! Ok sekarang part 3 dalam penantian Zaa untok si dia. Zaa dan si dia still contact melalui text. Zaa akn ucp morning kt si dia tiap pagi and good night tiap malam. Hee Zaa betol sygkn si dia sekarang. Tak tau si dia laa :D Kita bukan nye dapat duga kan perasaan org kt kite bgaimane? Hope si dia dpt selami perasaan Zaa thdap dia.
Buat masa skrg belum ade lagi tande yg dia suke kt Zaa, maklum la baru bekenal. Dia pun ade cakap jdi BFF dulu. Dia juga da cakap 'BFF becomes BF is the best relationship' hehe :D Zaa igt betol ayat tu. Ok zaa sggup tggu dia asalkan or beharap penantian Zaa nanti dibalas dengan keikhlasan. Susah kalau nak yakinkan org yang baru kita kenal. Kalau Zaa dan dia lama dh kenal,kan senang? -.- Fuhhh! 1 bulan  2 bulan Zaa sggup tggu dia.
Zaa lama dh tak tggu seseorang macam nih sejak Jun2011 lagi. Itulah terakhir kali Zaa gembira dalam bab bekapel kapel nih dgn Miss 'L'. I swear itulah kali terakhir. Sampai sekarang Zaa xdpt cari org yg dapat happykan Zaa, hope si dia ini dapat jadi pengganti dia. Zaa suka tgk cara si dia ini. Dia ada ckp kt  Zaa yg dia suka 'LongLastingRelationship' waaa! Zaa pun nak juga,lama dh tak kan? Hmmm :| Okla sampai di sini dulu,letih aarr jari nih. Stay tune and to all readers,jgn la baca jerr,follow la skali. Leave link korang kt CBOX aku. Thanks for reading.

I'm waiting for you Miss 
'VH'