Hey readers setia reza. apa khabar semua? semoga sihat selalu ye? Lama dah tak update blog ni. Malas dah haaha. Takda topik kot. So za nak cerita sikit la peristiwa 23 Mei yang lepas. Kan za check result untuk MEdSI pada 22 Mei malam. dia cakap za tidak berjaya. esok hari dalam kol 10 camtu datang pulak msg dari UPU bagitau sila semak semula keputusan MEdSI za. So za check la lagi dan Alhamdulillah za dapat untuk menduduki ujian MEdSI kat UiTM Samarahan. Yang bikin panas nya pihak yang betanggungjawab ni nyatakan yang za ujian pada 23 Mei sedangkan za baru dapat berita haritu juga. So rush hour la za, beli tike ape semua. Nasib baik ada geng ekot sama pegi. Syukur kami menduduki MEdSI pada 24 Mei. Tengok gambar atas sana? Handsome tak? Hihihi tu gambar lepas za ambik MEdSI. doakan za dan rakan2 yang lain ye semoga lulus MEdSI. 

P/S: pihak yang berkenaan seperti Pihak Pengambilan Pelajar Universiti berkenaan tolonglah buat kerja guna akal dan logik. Kami dari Sarawak bukannya senang bukannya ada jalan terus sampai ke Kuching. tolong perbaiki sistem penghebahan keputusan dan tolong cekapkan pengurusan anda. saya dan rakan dari Sarawak amat tidak berpuas hati dengan pihak2 yang terlibat dalam urusan penghebahan dan pemberitahuan apa2 jua keputsan yang melibatkan masa depan kami. mohon kerjasama.

E to the X = EX

Hey awal pagi ni zaa update hihi! takpat nak tido la. Haa entry ni mesti korang nak baca kan? *sambil lagu Mirrors lah haha. Apa khabar readers dari Sarawak? ok kitakorang? sihat sik? moga sihat lah oh di samping keluarga. OKAY2 zaa nak share skit la pandangan zaa tentang EX ni. Macam2 gelaran la untuk bekas kekasih kita ni, ada yang cakap EXPIRED ada yang cakap EXPERIENCE ada yang cakap EXIT. haha macam2 la. senang betol buat duit kan? :D EX ni tak semuanya jahat tak semuanya dayus tak semuanya bodoh. Zaa pun EX jugak haha tak pulak zaa ni jahat kankan?

Kita tak la boleh salahkan 100percent kat EX kita sebab berlaku curang atau yang sama ertinya kat kita. Kadang2 kita juga yang salah yang buatkan EX kita tinggalkan kita atau curang kat kita cuma kita tak sedar. Apa yang buatkan mereka sanggup tinggalkan kita? apa yang buatkan mereka sanggup curang di belakang kita? Zaa ada beberapa pendapat yang zaa nak share, antara sebabnya ialah:
1) KITA TAK AMBIL BERAT PASAL DIA- asyik dengan cerita Korea sampai takda masa untuk dia, berat sebelah atau kata lainnya terlalu mementingkan kawan. PELUANG UNTUK UBAH: 90% kurangkan obses dengan cerita Korea etc. seimbangkan hubungan antara kawan dan hubungan dengan dia.
2) KURANG BERGADUH/TAKDA GADUH- kurang bergaduh atau takda gaduh dalam hubungan membuatkan kurang rasa rindu sesama diri. maksud zaa sini bukannya gaduh sampai bergusti bersumo bersmackdown. gaduh disebabkan kesilapan masing2. masa tu akan berlakulah adegan sinetron pujuk memujuk. PELUANG UNTUK UBAH: 90% bergaduh buatkan anda rindu kat si dia dan secara automatik buat hubungan korang semakin akrab.
3) KURANG SUPRISE/TAKDA SUPRISE- kurang atau takda sebarang kejutan dalam hubungan buatkan hubungan tawar. PELUANG UNTUK UBAH: 50% surprise di sini bermaksud bagi la hadiah untuk si dia, or bawa jalan2. jangan biar si dia lalui perkara yang sama tiap hari. gives something special to her/him tu baru SWEET macam zaa kan? :)
4) SIKAP/PERANGAI- haa yang ni agak susah sikit. mun gik gerek tok merinsak nak ubah sikap daknya haha cakap Sarawak sikit. kalau sikap tu bagus takpayah ubah. tapi kalau sikap tu buatkan si dia risau/marah/cemburu/terancam memang payah la. PELUANG UNTUK UBAH: BERGANTUNG sebab benda ni susah nak ubah. memanglah kita terima mereka seadanya tapi kalau dah merokok bagi yang perempuan menagih dadah bagi yang lelaki terima jugak ke? dan......
5) EGO- ni memang top la haha. siapa yang paling kuat EGO? bukan kuat Yamaha Ego la. apa nak racing? haha sorry la zaa tak pakai scoot tu, zaa pakai Elegan tau haha *showoff seketika. Ofcourse lah EGO lelaki yang melampau. Perempuan tak pandai nak EGO. EGO pun mereka tu mereka merajuk, lepastu baik balik. So ini ditujukan kat lelaki termasuk zaa hehe. PELUANG UNTUK UBAH: BERGANTUNG/MUSTAHIL kalau dah EGO tu tinggi memang payah nak turunkan.

So tu tadi la antara pandangan2 zaa mengapa EX kita tinggalkan kita. Pernah tak macam antara salah satu yang kat atas tu? Haa tu la kita tak boleh tunding jari kita kat EX kita je. Kita mesti jugak tengok diri kita apa yang kat kita. Ni satu lagi zaa nak share jenis2 EX yang ada kat dunia ni mengikut persepsi zaa sendiri. Mari zaa share. Antara jenisnya ialah:
1) EX sebagai FBI- Dah break, mereka takkan duduk diam. Mereka akan melakukan siasatan terhadap kita. Mereka akan siasat siapa kekasih baru kita siapa kawan kita. Siasatan mereka selalunya mendatangkan hasil.
2) EX sebagai GURU- EX ni yang banyak mengajar kita tentang hidup dan memberi kita pengalaman sebelum break. Dah break, kita mampu mengamalkan pengajaran dan pengalaman yang telah diajar iaitu "MOVE ON! CARRY ON!" haha!
3) EX sebagai DOKTOR- Dah break, EX ni masih ubatkan hati kita yang luka walaupun yang lukakan hati kita mereka sendiri. Jangan hairan memang ada jenis EX macamni. Mungkin mereka sedar break berlaku disebabkan kesalahan mereka. Sepanjang hari kita single, mereka akan temani kita akan ubati kita.
4) EX sebagai GANGSTER- Dah break, dia akan cari geng2 kat Facebook, Twitter etc dan bash kita. Bagi malu kita sebar fitnah kat kita. Selain tu, mereka akan ancam kekasih baru kita sampai kekasih baru kita tinggalkan kita. EX jenis ni memang berbahaya haha. Motif mereka? SAYANG? atau DENDAM?
5) EX sebagai  ***- Haha censored pulak lu fikir ka sendiri. Dah break, EX ni terus dapat yang baru dan buat tak tahu je. Pendek kata dia ni ada spare-part. Lelaki takpa la memang dah selallu dituduh bersalah dalam sebarang hubungan dan selalu dicop PLAYBOY. Ni perempuan ada spare-part tak ke teruk namanya?
6) EX sebagai PENGEMIS- Yang ni dah break masih mengemis cinta kita. Even kita dah tak nak lagi kat dia sebab dia pernah buat salah kat kita. Dia mengemis bagai nak rak. Sampai update Facebook Twitter letak nama kita (cth: AKU MASIH SAYANGKAN KAU LAH REZA! BODOH LAH KAU :'/) Yang macam ni kita boleh tengok macam tak matang la. 

Haa tu la antara yang zaa dapat share kat korang fuhh baru habis type ni. Pengajarannya, tak semestinya EX ni jahat kita. Kadang2 kita ni yang jahat kat mereka. Banyak orang yang cakap kalau return dengan EX macma jilat balik ludah sendiri. Amboi bersastera pulak ye. Tak semestinya, bagi zaa kalau return dengan EX sebab masih saling mencintai tak salah. Mungkin break dulu sebab salah faham je kot, tak salah return balik kalau masih sayang. Tapi kalau break tu disebabkan orang ketiga atau benda lain, takpayah la kita nak terhegeh hegeh cari dia balik. MOVE ON CARRY ON dengan kehidupan kita. Ada lagi orang yang masih sayangkan kita. 

Okkkkkkkk? Bah setakat ni dulu yuk? Zaa nak lenguh jari ni. Kalau dah baca ni share2 la skit pengalaman dengan zaa kk? Tolong juga tekan butang "LIKE" di bawah kalau dah habis baca tanda respon anda atau tinggalkan comment kat chatbox zaa sebelah kanan tu. BYEBYE readers! :)

19.12.13

Hey kita berjumpa lagi. Entry ni zaa nak ucapkan goodluck untuk pelajar PMR yang akan ambil result esok. Mesti nervous kankan? :D relax2. insya Allah dapat keputusan yang baik. yang penting kita dah usaha, tu yang penting. yang selebihnya kita serah kepada yang Maha Esa. okay zaa doakan anda dapat result yang terbaik. sekiranya tidak, jangan berputus asa. Zaa dulu pun tak berapa bagus PMR hanya 2A je. PMR ialah permulaan untuk kita bersedia menghadapi SPM. Gagal PMR tak semestinya gagal SPM. PMR dan SPM jauh berbeza macam langit dan bumi haha. Esok kalau dah dapat result janga segan2 la bagitau zaa okay korang dapat berapa. PMR CANDIDATES BOLEH! haha amboi haa ni special goodluck buat 10 orang yang terpilih:
- Ra Ayyie
- Norazwan Othman Helemy
- Syafiqah Salma
- Shirly Chua
- Hanan Hafizah
- Yanieyy Ouh Lala II
- Anna Natasyia Sawai
- Aaishah Husaini
- Nina Octavia
- DEwi NaTasya
Sampai sini dulu ye readers? BYEBYE!

WELCOME BACK!

Hey semua!! rindu zaa tak? haha sorry2 zaa baru aktif balik main blog ni. Buddy zaa yang sorang ni dah tolong serba sedikit repair blog zaa. CREDITS TO WANI a.k.a SHENORITA TEN TEN nama facebook dia. Rindu zaa sik? ada lah feedback tanya kenapa tak update blog rindu nak tengok post jiwang2 la apa semua. Jap aa nanti2 update jiwang2. Zaa sekarang otw masok 20-an. haha ko ingga? hal kau haha. Zaa baru lepasi beberapa halangan tahun 2013 ni. STPM Sem 2, STPM Sem 3, STPM Repeat Sem 2, MUET November, dan Lesen Memandu. Adoy pening kepala. Syukur yang STPM dan MUET tu dah selesai cuma kecewa sikit kat MUET Reading tu la susah sikit. Yang lain okay doakan kejayaan zaa k? insya Allah zaa doakan kejayaan korang. Cerita pasal memandu ni, hope kawan zaa dapat bantu zaa petang ni (belajar memandu) dia cakap dia nak ajar zaa petang ni. Okay2 setakat ni dulu ya? Zaa nak 'keman' dulu. Haha okayyyyy BRB!!!