E to the X = EX

Hey awal pagi ni zaa update hihi! takpat nak tido la. Haa entry ni mesti korang nak baca kan? *sambil lagu Mirrors lah haha. Apa khabar readers dari Sarawak? ok kitakorang? sihat sik? moga sihat lah oh di samping keluarga. OKAY2 zaa nak share skit la pandangan zaa tentang EX ni. Macam2 gelaran la untuk bekas kekasih kita ni, ada yang cakap EXPIRED ada yang cakap EXPERIENCE ada yang cakap EXIT. haha macam2 la. senang betol buat duit kan? :D EX ni tak semuanya jahat tak semuanya dayus tak semuanya bodoh. Zaa pun EX jugak haha tak pulak zaa ni jahat kankan?

Kita tak la boleh salahkan 100percent kat EX kita sebab berlaku curang atau yang sama ertinya kat kita. Kadang2 kita juga yang salah yang buatkan EX kita tinggalkan kita atau curang kat kita cuma kita tak sedar. Apa yang buatkan mereka sanggup tinggalkan kita? apa yang buatkan mereka sanggup curang di belakang kita? Zaa ada beberapa pendapat yang zaa nak share, antara sebabnya ialah:
1) KITA TAK AMBIL BERAT PASAL DIA- asyik dengan cerita Korea sampai takda masa untuk dia, berat sebelah atau kata lainnya terlalu mementingkan kawan. PELUANG UNTUK UBAH: 90% kurangkan obses dengan cerita Korea etc. seimbangkan hubungan antara kawan dan hubungan dengan dia.
2) KURANG BERGADUH/TAKDA GADUH- kurang bergaduh atau takda gaduh dalam hubungan membuatkan kurang rasa rindu sesama diri. maksud zaa sini bukannya gaduh sampai bergusti bersumo bersmackdown. gaduh disebabkan kesilapan masing2. masa tu akan berlakulah adegan sinetron pujuk memujuk. PELUANG UNTUK UBAH: 90% bergaduh buatkan anda rindu kat si dia dan secara automatik buat hubungan korang semakin akrab.
3) KURANG SUPRISE/TAKDA SUPRISE- kurang atau takda sebarang kejutan dalam hubungan buatkan hubungan tawar. PELUANG UNTUK UBAH: 50% surprise di sini bermaksud bagi la hadiah untuk si dia, or bawa jalan2. jangan biar si dia lalui perkara yang sama tiap hari. gives something special to her/him tu baru SWEET macam zaa kan? :)
4) SIKAP/PERANGAI- haa yang ni agak susah sikit. mun gik gerek tok merinsak nak ubah sikap daknya haha cakap Sarawak sikit. kalau sikap tu bagus takpayah ubah. tapi kalau sikap tu buatkan si dia risau/marah/cemburu/terancam memang payah la. PELUANG UNTUK UBAH: BERGANTUNG sebab benda ni susah nak ubah. memanglah kita terima mereka seadanya tapi kalau dah merokok bagi yang perempuan menagih dadah bagi yang lelaki terima jugak ke? dan......
5) EGO- ni memang top la haha. siapa yang paling kuat EGO? bukan kuat Yamaha Ego la. apa nak racing? haha sorry la zaa tak pakai scoot tu, zaa pakai Elegan tau haha *showoff seketika. Ofcourse lah EGO lelaki yang melampau. Perempuan tak pandai nak EGO. EGO pun mereka tu mereka merajuk, lepastu baik balik. So ini ditujukan kat lelaki termasuk zaa hehe. PELUANG UNTUK UBAH: BERGANTUNG/MUSTAHIL kalau dah EGO tu tinggi memang payah nak turunkan.

So tu tadi la antara pandangan2 zaa mengapa EX kita tinggalkan kita. Pernah tak macam antara salah satu yang kat atas tu? Haa tu la kita tak boleh tunding jari kita kat EX kita je. Kita mesti jugak tengok diri kita apa yang kat kita. Ni satu lagi zaa nak share jenis2 EX yang ada kat dunia ni mengikut persepsi zaa sendiri. Mari zaa share. Antara jenisnya ialah:
1) EX sebagai FBI- Dah break, mereka takkan duduk diam. Mereka akan melakukan siasatan terhadap kita. Mereka akan siasat siapa kekasih baru kita siapa kawan kita. Siasatan mereka selalunya mendatangkan hasil.
2) EX sebagai GURU- EX ni yang banyak mengajar kita tentang hidup dan memberi kita pengalaman sebelum break. Dah break, kita mampu mengamalkan pengajaran dan pengalaman yang telah diajar iaitu "MOVE ON! CARRY ON!" haha!
3) EX sebagai DOKTOR- Dah break, EX ni masih ubatkan hati kita yang luka walaupun yang lukakan hati kita mereka sendiri. Jangan hairan memang ada jenis EX macamni. Mungkin mereka sedar break berlaku disebabkan kesalahan mereka. Sepanjang hari kita single, mereka akan temani kita akan ubati kita.
4) EX sebagai GANGSTER- Dah break, dia akan cari geng2 kat Facebook, Twitter etc dan bash kita. Bagi malu kita sebar fitnah kat kita. Selain tu, mereka akan ancam kekasih baru kita sampai kekasih baru kita tinggalkan kita. EX jenis ni memang berbahaya haha. Motif mereka? SAYANG? atau DENDAM?
5) EX sebagai  ***- Haha censored pulak lu fikir ka sendiri. Dah break, EX ni terus dapat yang baru dan buat tak tahu je. Pendek kata dia ni ada spare-part. Lelaki takpa la memang dah selallu dituduh bersalah dalam sebarang hubungan dan selalu dicop PLAYBOY. Ni perempuan ada spare-part tak ke teruk namanya?
6) EX sebagai PENGEMIS- Yang ni dah break masih mengemis cinta kita. Even kita dah tak nak lagi kat dia sebab dia pernah buat salah kat kita. Dia mengemis bagai nak rak. Sampai update Facebook Twitter letak nama kita (cth: AKU MASIH SAYANGKAN KAU LAH REZA! BODOH LAH KAU :'/) Yang macam ni kita boleh tengok macam tak matang la. 

Haa tu la antara yang zaa dapat share kat korang fuhh baru habis type ni. Pengajarannya, tak semestinya EX ni jahat kita. Kadang2 kita ni yang jahat kat mereka. Banyak orang yang cakap kalau return dengan EX macma jilat balik ludah sendiri. Amboi bersastera pulak ye. Tak semestinya, bagi zaa kalau return dengan EX sebab masih saling mencintai tak salah. Mungkin break dulu sebab salah faham je kot, tak salah return balik kalau masih sayang. Tapi kalau break tu disebabkan orang ketiga atau benda lain, takpayah la kita nak terhegeh hegeh cari dia balik. MOVE ON CARRY ON dengan kehidupan kita. Ada lagi orang yang masih sayangkan kita. 

Okkkkkkkk? Bah setakat ni dulu yuk? Zaa nak lenguh jari ni. Kalau dah baca ni share2 la skit pengalaman dengan zaa kk? Tolong juga tekan butang "LIKE" di bawah kalau dah habis baca tanda respon anda atau tinggalkan comment kat chatbox zaa sebelah kanan tu. BYEBYE readers! :)